Halaman Utama       Senarai  Kandungan     Pertanyaan   Mencari

MENGHUBUNGKAN ANDA KEPADA MASYARAKAT PENYAYANG

Link-Link Utama

 

 

Kumpulan NeoSHOAW

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab,Jalan Matang, 93050 Matang, Kuching, Sarawak.

No.Tel:082-641053

Faks:082-640195

MASYARAKAT PENYAYANG   

 

Masyarakat  Penyayang  merupakan  masyarakat  yang  harmonis, di  mana  masyarakat  yang  harmonis  ialah  masyarakat  yang  saling  tolong-menolong, bantu-membantu  di  antara  satu  sama lain, bekerjasama,  memikul  tanggungjawab  bersama  terhadap  setiap  perkara  dan  mempunyai  perasaan  kejiranan  yang  kukuh.

 

Konsep  Masyarakat  Penyayang  sering  diperkatakan   oleh  masyarakat  masa  kini. Tapi tahukah  kita  pengertian  Masyarakat  Penyayang  yang  sebenarnya ? 

 

Oleh sebab  itu, wujudnya  pelbagai  definisi  tentang  Masyarakat  Penyayang  yang  mungkin  mengelirukan  pelbagai  pihak.

 

Di  sini  anda akan dipaparkan  erti  sebenar  Masyarakat  Penyayang  secara  menyeluruh.

 

 

VISI KAMI     

Misi pertama kami adalah untuk membentuk satu masyarakat yang mempunyai ciri-ciri penyayang dan hidup dalam keadaan yang harmoni serta menerapkan nilai-nilai yang murni dalam diri setiap individu masyarakat.

Misi  kami juga adalah ingin menjadikan negara ini sentiasa dalam keadaan aman dan tenteram dengan wujudnya nilai kasih sayang dalam diri individu dan masyarakat.

 

Renungan:          

Al-Hadith:

"Tiada sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintai saudaranya, sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."

[Hadist sahih]

 

Petikan Ayat Al-Quran:

"Berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu (dengan pemberian rezki yang banyak) dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi.Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melakukan kerosakan "

[Surah Al-Qasas ayat-77] 
 

Kata-kata Hikmah:

"Orang yang sangat dihormati apabila ia melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya"

 

 

E-Mel Kami:NeoSHOAW@hotmail.com 

Anda adalah pelawat yang ke-Hit Counter

[Kembali Ke Atas ][Pengenalan][Paparan Utama][Penyelidikan][Sumber Rujukan]