Halaman UtamaSenarai  KandunganPertanyaan MENCARI

PENYELIDIKAN

 

Penyelidikan Tentera Bersama Rakyat (TBR)

Pada 7 Mac 1998 empat tahun yang lepas, Sekolah Mengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab telah mencatat sejarah apabila Majlis Pelancaran Tentera Bersama Rakyat (TBR) diadakan di sini bersempena dengan ulang tahun ke-65 Tentera Darat DiRaja Malaysia (TDDM).

        Turut menghadiri majlis ini ialah Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Encik Putit Mat Zen, wakil Yang Berhormat Daud Abdul Rahman, Encik Zaidi Suhaili, Panglima Tentera Briged Tiga, Encik Rosli b. Mohd Yusuf. Pengerusi PIBG SMKA SHOAW Tuan Haji Suaidi B Arshid, Pengetua SMKA SHOAW Ustazah Jamaliah Talib, pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Sarawak serta penduduk Kampung Matang.

    Majlis pagi itu dirasmikan oleh Panglima Tentera Briged Tiga iaitu Encik Rosli b. Mohd. Dalam ucapannya, beliau mengiktiraf SMKA SHOAW sebagai sekolah angkat TDDM. Melalui projek ini pihak tentera akan sedaya upaya membantu sekolah dalam membaikpulih kemudahan yang sedia ada bagi keselesaan para pelajar. Terdahulu dari itu ucapan alu-aluan daripada Encik Putit Mat Zen, diikuti ucapan daripada Encik Zaidi b. Suhaili. Sesungguhnya warga SHOAW amat terharu dan terhutang budi dengan kesungguhan pihak tentera dalam menjayakan projek TBR ini. Pada majlis itu juga diadakan upacara menanam pokok bunga oleh Panglima Tentera Briged Tiga sebagai tanda penghargaan dan tanda kenanagan bahawa pihak tentera pernah menabur baktinya di bumu SHOAW yang bertuah ini.

    Selepas perasmian, kerja gotong-royong merobohkan blok asrama lama pun bermula. Para pelajar pula ditugaskan untuk membersihkan kawasan sekolah. Semangat kerjasama yang ditunjukkan mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan warga SHOAW dan semua pihak yang terlibat. Kerja-kerja pembersihan dan meroboh asrama ditamatkan apabila masuk waktu sembahyang hor. Selepas selesai solat masing-masing ke Dewan Besar SHOAW untuk menjamu selera. Selepas itu mereka yang terlibat pun bersurai. Program ini akan berterusan pada masa akan datang untuk kerja membaikpulih kerosakan-kerosakan yang lain.

[Kembali Ke Atas ][Pengenalan][Paparan Utama][Penyelidikan][Sumber Rujukan]