Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbangdan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

 

 

Falsafah SMKA

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskanpaduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah dan ngara.

Matlamat SMKA:

bullet

Mendidik pelajar dengan keperibadian islam.

bullet

Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.

bullet

Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan.

bullet

Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar negara.

Objektif SMKA:

bullet

Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.

bullet

Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.

bullet

Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang dapat diteladani.

bullet

Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri ketika menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

bullet

Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhikeperluan negara dan ummah.

 

 

Falsafah SMKA SHOAW

Setiap pelajar berpotensi untuk berkembang maju dan mencapai kecemerlangan berteraskan konsep paduan iman, ilmu dan amal soleh untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang berasaskan akidah dan takwa kepada Allah. Usaha ke arah ini akan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, gigih, kreatif, inovatif dan bertanggungjawab untuk kejayaan dan kemakmuran agama, bangsa dan negara sebagai hamba Allah ibadur rahman.

Motto SMKA SHOAW:

bullet

Beriman

bullet

Berilmu

bullet

Beramal

Wawasan SMKA SHOAW:

SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab berhasrat menjadi instituisi agama yang unggul di Sarawak melalui kecemerlangan akademik, kemantapan aktiviti dakwah dan ketrampilan anak didik sebagai manusia seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Matlamat SMKA SHOAW:

bullet

Menguruskan segala aspek pentadbiran sekolah secara yang terpimpin, kwmas kini, teratur dan selaras dengan teknologi  dan falsafah pentadbiran negara terkini yang memfokuskan kualiti dan kepuasan pelanggan agar mampu diteladani dalam agenda pendidikan tidak langsung kepada para pelajar.

bullet

Menyediakan peluang dan infrastruktur pendidikan yang sebaik-baiknya dan selengkap-lengkapnya kepada anak didik yang diterima masuk sebagai persediaan mereka bersaing secara berterusan, kental untuk terus maju di pusat-pusat pendidikan tinggi (lanjutan) dan di pasaran tenaga kerja.

bullet

Memberi peluang penglibatan pelajar dan mengurus kegiatan kokurikulum dalam semua bidang yang sesuai serta selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Sekolah agar generasi lahiran sekolah sentiasa sihat, cergas, berdaya tahan, berdaya saing, beriman, berakhlak, dan berketrampilan sesuai dengan hidup seorang mukmin.

bullet

Mendidk pelajar dengan membekalkan ilmu yang secukupnya kepada mereka berdasarkan keperibadian Islam selaras dengan tuntutan duniawi dan ukhrawi dan perkembangan semsa agar potensi mereka dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan terpupuk selengkapnya serta memberi peluang kepada mereka melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam atau di luar negara.

 

Kalau kita berlari seperti kuda, manusia menggunakan kita sebagai kuda lawan.Kalau bengis seperti harimau, manusia menggunakan kita untuk mainan sarkas. Kalau kita kuat seperti gajah, manusia menggunakan kita untuk menarik kayu balak. Kalau keras seperti besi dibuatnya jambatan.

Tetapi, jika manusia mempunyai fikiran yang sempurna , siapapun tidak boleh mengapa-apakan kita. Oleh itu, hidup di dunia ini mestilah mempunyai fikiran yang sempurna dan waras, supaya kita tidak menjadi alat kepada manusia-manusia yang sentiasa mencari kesempatan.

(Allahyarham Ustaz Hj. Hanafi)

 

 

[ Ke Laman Utama ]